Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

Diriku tidak sempurna

Dalam dunia ini takde orang yang perfect..aku salah sorang darinya..mungkin aku penah menyakitkan hati orang atau benda lain n tidak tersampai kate kate aku untuk memohon maaf...mungkin ini lah masanyer.Dah tiba waktu nyer..mungkin hari esok takde bagi aku..atau bagi korang semua..perit..sedih..pilu..kate kate pengguris hati mencengkam pilu.....

Aku bukanlah diri yang sempurna,
Banyak kata hatiku aku harap tidak berlaku,
Tetapi ku teruskan jua,
Kerana bukan kehendak naluri ini mempersembahkannya kepadamu,
Sebelumku mengundur diri harus ku berkata,
Aku hanya ingin kau tahu maksud diriku.

Kutelah temukan jawapan salamku,
Jawapan yang mengubah diriku,
Jawapan yang ingin memulakan era baru,
Jawapan itu hanyalah kamu.

Kususun sepuluh jari memohon keampunan menyakitimu,
Itulah takdir yang terpaksaku tempoh pada hari hariku,
Dan segala kesakitan yang ku letak di atas bahumu,
Ku harap dapat diletakkan semula di bahuku,
Dan biarlah aku menjadi insan yang menangkap seribu titisan air matamu,
Kerana kuharap kau dengar isi hatiku.

Kupersembahkan diriku buatmu,
Persembahan kiriku yang engkau tidak tahu,
Persembahan yang memberi jawapan kepadamu,
persembahan yang segala galanya hanya untukmu.

2 komen telah diberi:

af [ R ] ed said...

aku x penah tau lak ko suke menulis. tapi aku tau tulisan ko cantik mase kat skolah. hehehe. keep itup beb. aku suke bace isi hati org tru karya ni. hehehe

oiyour said...

haaa
nanti aku bagi tau ko lagi isi hati aku