Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

surat rasmi untuk cikgu sajivi

SAJIVI A/L MANHATTAN
NO 77 JALAN PETUALANG 12
TAMAN PETUALANG INDAH
89012 KUALA SEPETANG
SABAH

TUAN,
MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN

MERUJUK PERKARA DIATAS SAYA MUTHUSAMI A/L KUNPALAN SELAKU ANAK MURID TUAN KETIKA TUAN BERKHIDMAT DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KOTA LAMA PADA TAHUN 1988 DISINI MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS SEGALA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN.

Mungkin tuan telah melupakan semua kesalahan yang pernah saya lakukan terhadapap tuan kerana perkara ini telah lama berlaku.tetapi bagi saya setiap kesalahan yang saya lakukan perlu disusuli dengan pohonan ampun dan maaf.
Disini saya sertakan senarai bagi kesalahan yang telah saya pernah buat untuk tuan mengingati semua kejadian yang tuan alami dah tidak tahu siapa pelakunya.
1. memagar rantai motor ex-5 tuan sewaktu mahu pulang ke rumah.
2.menggores kereta baru tuan yang tuan beli selepas kejadian memagar motor.
3.mencuri beg tuan sewaktu tuan menghadiri mesyuarat.
4.tidak menghormati tuan sewaktu tuan mengajar di depan kelas.
5.membuat laporan palsu terhadap tuan mengenai kejadian rogol di sekolah.
6.tidak dapat memahami perasaan dan hati tuan ketika tuan mengajar.
7.melupakan nilai etika ketika bersama tuan di dalam kelas
8.gagal untuk menghayati segala ape yang tuan ajar sewaktu di dalam kelas.
9.membuat tuan berasa bosan terhadapap saya hinggakan tuan berpindah sekolah
10. dan terakhir sekali gagal untuk mempertahan perasaan tuan terhadap saya ketika kita bersama di dalam kelas.

saya harap tuan dapat memaafkan segala kesalahan saya selama ini,bermula dengan kejadian ini oerangai saya semakin teruk hinggakan memaksa saya ke tali gantung. tidak kurang dari 12 jam lagi saya akan ke tali gantung atas kesalahan membawa dadah jenis heroin seberat 5 kilogram di KLIA.
Semoga tuan dipanjang kan umur dan moga tuhan memberkati segala apa yang tuan buat di masa hadapan.selamat berbahagia dan selamat tinggal.semua ini salah saya.
sekian terima kasih

YANG BENAR,
MUTHUSAMI A/L KUNPALAN
PP506793
PENJARA SUNGAI BULOH

P/S:sekadar tulisan,tiada kena mengena sama ada yang mati atau yang hidup.

2 komen telah diberi:

kyo_9 said...

daen, mati2 ak ingat citer btol..

oiyour said...

hahaha..lu kena beb..