Keluh dihati melihat situasi demokrasi,
Demokrasi yang didiktatori oleh pemimpin kuku besi,
Suara rakyat dipandang enteng bicaranya pula dibiar basi,
Kemana perginya manifesto yang ikhlas dari hati?
Singkat sungguh pemikiran aku ,
Jawapan itu selalu keluar dari mulut yang dulunya membisu,
Singkat juga jalan kau pilih kerana menuduh aku melulu,
Mungkin singkatan aku itu adalah rumusan bagi diri kau yang bercelaru.
Perjalanan yang singkat ini aku suka,
bukan kerana terpaksa tetapi kerana aku rasa diberkati oleh orang tua,
Aku tidak kesah kerana aku sudah bersedia,
Mengharungi bahtera sebagai nakhoda.
Ilmu didada aku tidaklah penuh seperti disangka,
Sifat dan perangai aku memanglah bukan seperti bakal nakhoda,
Aku sedar itu semua sejak aku tetapkan hati dahulu kala,
Tetapi jauh disudut hati aku tahu kejayaan itu ada jika aku cuba.
Singkatan hanya memudahkan perjalanan,
perjalanan yang berliku tiada sempadan,
Hanya sasterawan menyingkatkan percakapan,
Agar erti itu sampai dalam waktu yang ditetapkan.
สล็อต 789 เว็บตรง
3 months ago
2 komen telah diberi:
sungguh puitis dan mendalam apa yg tuan hamba cuba smpikan di sni.hohho
hehe..tuan hamba di melaysia lebih masak dgn situasi di sana..hihi
Post a Comment