Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

Greenwitch cinta

 Saya bernama Nasir. pertama kali melihat dirinya saya tidak teruja.bukan kerana rupa atau luarannya tidak elok,cukup segalanya tetapi saya tidak teruja.Ada apa dengan dia? sehingga saya boleh teruja? mungkin susah bagi saya untuk terima sesiapa sahaja. saya biarkan perasaan itu lantas melalui melepasinya.bukan main sedap minyak wanginya memang menggoda setiap jejaka.apakan daya, saya tidak teruja
 Saya bernama Hawa.pertama kali melihat dirinya saya tidak hirau akan dirinya. bukan kerana dia tidak menonjol tetapi saya lebih dikelilingi rakan wanita daripadanya.Ada apa dengan jejaka?semuanya sama. hanya memandang rupa.saya biarkan sahaja perasaan itu lantas meneruskan perbualan bersama rakan tercinta.
 Saya bernama Lisa.pertama kali melihatnya saya teruja.bukan kerana rupa atau luarannya, tetapi sifatnya yang sabar menunggu walaupun terpaksa.Ada apa dengan dia? dia baik dari segi zahir dan batinnya.saya biarkan perasaan itu lalu terus memasuki dewan kuliah bersama sama..
 Saya bernama Cinta.duduknya diatas paksi kasih berlandaskan sayang.pertama kali melihat mereka saya ghairah.bukan kerana tergoda tetapi kerana saya bakal wujud antara mereka.Ada apa dengan cinta? dahulu benci kini dipinta. saya tidak biarkan diri ini terus diseksa,akan saya semat diri saya ke dalam hati2 mereka.

0 komen telah diberi: