Ke mana perginya mahkota kau perwira?
tidak sanggup aku melihat kebodohan kau mengatasi segala,
keangkuhan kau jauh sekali meninggalkan kewarasan dipinta,
Inikan pula hendak menjadi khalifah di dunia??
Bukan maksud aku menghina atau menggoda,
aku tidak layak sebenarnya hendak berkata,
tetapi engkau dan engkau pandai sahaja berkata,
berkata keburukan bukan kebaikan yang kau terpa.
cermin di dinding kau tatapi dengan doa,
cermin diri tetapi hatinya entah kemana,
semberonong mencela dan sopan itu kau sula,
wujudkah lagi perwira yang disanjung tinggi ke syurga?
mungkin bekalan yang kau bawa cukup sebenarnya,
tanpa tipu dan dusta engkau melangkah teruja,
tetapi mulut dan hati tidak selalu terkunci membawa nista,
kekurangann itu tidak kau kira pabila sampai ke penghujung nyawa.
Sedarlah wahai perwira berhati besar bersifat lewa,
perjuangan kau tidak sia sia tetapi hati kau membawa celaka,
niat suci putih kau iringi dengan secangkir hitam kesumat membara,
Tidak akan sampai ke destinasi di dunia mahupun syurga.
สล็อต 789 เว็บตรง
3 months ago
0 komen telah diberi:
Post a Comment