Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

Vespa biru

0 komen telah diberi
Nyanyi style rap ,bit masing masing.. Hahaha

Chorus:
Vespa biru idaman kalbu,
Siapa yang tgk pasti nk satu,
Vespa biru dah jadi hak milik aku,
Pasti korang jeles lepas ni terjun flet omar villa kat kg baru.

Yo yo yo gua miskin tapi perangai tak macam lu,
Tapi gua tau asal usul gua tak macam lu bajet hero malaya nombor satu,
Lu bajet kaya nak beli satu kg baru,
X dapat jack lu bukan bill gates punye menantu.

Gua miskin tapi gua ada vespa biru,
Gua pakai die awek tgk tak keruan satu satu,
Boleh je nak tumpang kalu itu aku mampu,
Tapi masalahnye vespa biru tu satu satunya kasut aku.

Kalu gua kaya gua beli banyak2 biar bertimbun macam gunung lambak,
Gua beli mesti yang original tak main la kat pasar lambak,
Baru la awek keliling pinggang panggil gua homie pacak,
Baru diorng sedar gua kaya lagi kacak.

Chorus 1X

Ini cerita betol gua x tipu tipu,
Pakai vespa biru kaw2 saham naik macam hantu,
Lu pergi zouk mcm lu artis malam tu,
Serius beb lu boleh halau anuar zain selamber je macam batu.

Ini pesanan gua kat lu org kaya kat luar sana,
Pakai vespa biru baru bergaya awek teruja,
Jgn sia2 kan duit lu dgn arak atau dadah durjana,
Baru idup sihat hati bersih jiwa skema,
Masyarakat majmuk berbilang kaum dapat hidup bersama sejahtera.

Chorus 2X

End.













- Posted using BlogPress from my iPhone

Hunny

2 komen telah diberi

“iF i  DiDN’T HAVE YOU
i  WiTHOUT YOU THEN
i  UNABLE TO LiVE OH~~
MY HEART STiLL FLUTTERS WHEN i SEE YOU AND i TREMBLE
i WANT TO PRETEND LiKE i DON’T KNOW YOU AND YOU CAN SEE
THE DESiRE iN MY EYES
iT HURTS MY iLLNESS iS GETTiNG WORSE
i CAN’T BREATHE i’M BECOMiNG SAD
iT’S BECAUSE i LiKE YOU TOO..
MUCH THAT’S RiGHT MY HEART WANTS YOU
MY ONLY HONEY HONEY HONEY
PLEASE TURN AROUND HONEY HONEY HONEY
iT iS ONLY YOU THAT i FAVE ALWAYS WANTED LiKE EVER SiNCE
OH BABY HONEY HONEY HONEY
MY HEART’S ONLY HONEY HONEY HONEY
i AM SiNCERELY LOOKiNG AT YOU MY ONE AND ONLY YOU
HEY BABY MY LiTTLE HONEY CAME FROM HEAVEN
RiGHT HERE TO SAVE ME, ONE TOUCH THAT’S ALL
iT TAKES COMPLETE WiTH YOU NO REGRETS. i NEED
YOU BY MY SiDE i’LL LOVE YOU LONG THROUGH DAY AND NiGHT.
DEEP iNSiDE i KNOW YOU’RE MiNE NO MORE WORDS KiSS ME
GOODNiGHT
iT’S BECAUSE i LiKE YOU TOO MUCH
THAT i TURNED iNTO LiKE A FOOL
i ONLY LOOK AT YOU THAT’S RiGHT
YOU KNOW THAT MY HEART WANTS YOU
MY ONLY HONEY HONEY HONEY
PLEASE TURN AROUND HONEY HONEY HONEY
iT iS ONLY YOU THAT i FAVE ALWAYS WANTED LiKE EVER SiNCE
OH BABY HONEY HONEY HONEY
MY HEART’S ONLY HONEY HONEY HONEY
i AM SiNCERELY LOOKiNG AT YOU MY ONE AND ONLY YOU
iF i  DiDN’T HAVE YOU
i  WiTHOUT YOU THEN
i  UNABLE TO LiVE OH~~
MY ONLY HONEY HONEY HONEY
PLEASE TURN AROUND HONEY HONEY HONEY
iT iS ONLY YOU THAT i FAVE ALWAYS WANTED LiKE EVER SiNCE
OH BABY HONEY HONEY HONEY
MY HEART’S ONLY HONEY HONEY HONEY
i AM SiNCERELY LOOKiNG AT YOU MY ONE AND ONLY YOU
MY ONLY HONEY HONEY HONEY
MY HEART’S ONLY HONEY HONEY HONEY
iT iS ONLY YOU THAT i WANTED MY ONE AND ONLY YOU
iF i  DiDN’T HAVE YOU
i i i

Cermin Sejadah

0 komen telah diberi
Ke mana perginya mahkota kau perwira?
tidak sanggup aku melihat kebodohan kau mengatasi segala,
keangkuhan kau jauh sekali meninggalkan kewarasan  dipinta,
Inikan pula hendak menjadi khalifah di dunia??

Bukan maksud aku menghina atau menggoda,
aku tidak layak sebenarnya hendak berkata,
tetapi engkau dan engkau pandai sahaja berkata,
berkata keburukan bukan kebaikan yang kau terpa.

cermin di dinding kau tatapi dengan doa,
cermin diri tetapi hatinya entah kemana,
semberonong mencela dan sopan itu kau sula,
wujudkah lagi perwira yang disanjung tinggi ke syurga?

mungkin bekalan yang kau bawa cukup sebenarnya,
tanpa tipu dan dusta engkau melangkah teruja,
tetapi mulut dan hati tidak selalu terkunci membawa nista,
kekurangann itu tidak kau kira pabila sampai ke penghujung nyawa.

Sedarlah wahai perwira berhati besar bersifat lewa,
perjuangan kau tidak sia sia tetapi hati kau membawa celaka,
niat suci putih kau iringi dengan secangkir hitam kesumat membara,
Tidak akan sampai ke destinasi di dunia mahupun syurga.

aku sebotol botol kaca

2 komen telah diberi
Adakah patut aku dicampaknye,
tau la aku ni kosong tidak ada isinye,
kau juga yang habiskannye,
habis madu sepah dibuangnye,
Tapi takpe aku ade orang kutip,
dibuatnyer aku pengisi kesusahannye,
penuh badan aku dengan air kencingnye,
tapi takpe aku still berguna.
Ade plak letak aku kat tepi 7e,
mau tak mamat tu amek aku diminumnya aku,
memang terbaik air kuning mengalir pekat,
memang dasar mabuk semua kau sental,
last2 aku jugak yang kau campak.
bergelimpangan aku kau buat,
terkontang kanting hidup aku,
akhirnya berjumpe pakcik tua bawa ku pulang,
pulang bertemu kawan,
bersemadi aku bersama kawan,
pecah ku pecahnya jua,
sebati kita bersama,
bersama membina kelahiran semula.
aku adalah kamu dan kamu adalah aku,
kita adalah sebotol botol kaca.

pukul 343

5 komen telah diberi
perginya diri ini menjangkau batasan hati,
selembut sutera hati ini berbelah bagi,
tatkala mendung gemersik guruh bertalu,
ketika itu hati ini bertaut.

Bertaut di panjangan akal terlintas di sanubari,
kelak diri merana kerana hati gurih sepi.
haruskah terus berjalan dlm samar ,
sedang cahaya menunjuk segala.

HAti hitam kuusung merata ,
bukan meminta atau menderita,
cuma ku harap ada yang terpa,
mengaku diri empunya nama.

ketika diri mula rebah tanpa angkara,
diri tidak tenteram  angkara unggas rimba,
muncul diri berlainan paras,rupa dan jantina,
termaktud sejilid kesah pujangga tanpa nama.

melankolik klasik melodi dicipta,
sebaiknya untuk kamu sang hawa,
bolehkah kisah dipanjangkan usia,
hingga lahir zuriat sejahtera.

bukan dipinta hilang itu dalam sepi,
kerana diri ini tidak mahu lagi terus bersaksi,
saksi melihat diri terseksa oleh sendiri,
sendiri berlakon watak hambali.

sedangkan diri ini jahil hakiki,
sedia berubah jgn sekali,
biarlah sama hati ke hati,
ibarat mangga dan kunci.

sekian sahaja coretan kali ini,
kelak kumandang bingitan dari kiri,
memanggil azali dari duniawi,
tanda mati seorang insan yang pertiwi.

Singkat pemikiran Sasterawan

2 komen telah diberi
Keluh dihati melihat situasi demokrasi,
Demokrasi yang didiktatori oleh pemimpin kuku besi,
Suara rakyat dipandang enteng bicaranya pula dibiar basi,
Kemana perginya manifesto yang ikhlas dari hati?

Singkat sungguh pemikiran aku ,
Jawapan itu selalu keluar dari mulut yang dulunya membisu,
Singkat juga jalan kau pilih kerana menuduh aku melulu,
Mungkin singkatan aku itu adalah rumusan bagi diri kau yang bercelaru.

Perjalanan yang singkat ini aku suka,
bukan kerana terpaksa tetapi kerana aku rasa diberkati oleh orang tua,
Aku tidak kesah kerana aku sudah bersedia,
Mengharungi bahtera sebagai nakhoda.

Ilmu didada aku tidaklah penuh seperti disangka,
Sifat dan perangai aku memanglah bukan seperti bakal nakhoda,
Aku sedar itu semua sejak aku tetapkan hati dahulu kala,
Tetapi jauh disudut hati aku tahu kejayaan itu ada jika aku cuba.

Singkatan hanya memudahkan perjalanan,
perjalanan yang berliku tiada sempadan,
Hanya sasterawan menyingkatkan percakapan,
Agar erti itu sampai dalam waktu yang ditetapkan.

Greenwitch cinta

0 komen telah diberi
 Saya bernama Nasir. pertama kali melihat dirinya saya tidak teruja.bukan kerana rupa atau luarannya tidak elok,cukup segalanya tetapi saya tidak teruja.Ada apa dengan dia? sehingga saya boleh teruja? mungkin susah bagi saya untuk terima sesiapa sahaja. saya biarkan perasaan itu lantas melalui melepasinya.bukan main sedap minyak wanginya memang menggoda setiap jejaka.apakan daya, saya tidak teruja
 Saya bernama Hawa.pertama kali melihat dirinya saya tidak hirau akan dirinya. bukan kerana dia tidak menonjol tetapi saya lebih dikelilingi rakan wanita daripadanya.Ada apa dengan jejaka?semuanya sama. hanya memandang rupa.saya biarkan sahaja perasaan itu lantas meneruskan perbualan bersama rakan tercinta.
 Saya bernama Lisa.pertama kali melihatnya saya teruja.bukan kerana rupa atau luarannya, tetapi sifatnya yang sabar menunggu walaupun terpaksa.Ada apa dengan dia? dia baik dari segi zahir dan batinnya.saya biarkan perasaan itu lalu terus memasuki dewan kuliah bersama sama..
 Saya bernama Cinta.duduknya diatas paksi kasih berlandaskan sayang.pertama kali melihat mereka saya ghairah.bukan kerana tergoda tetapi kerana saya bakal wujud antara mereka.Ada apa dengan cinta? dahulu benci kini dipinta. saya tidak biarkan diri ini terus diseksa,akan saya semat diri saya ke dalam hati2 mereka.

sepi aku sendiri

0 komen telah diberi
Kamu yang bernama sepi,
nyah saja kamu dari sini,
malam siang aku suram bersama kamu,
aku ingin bingar seperti diruang tamu,
berlari aku ke hutan tidak ada hasil,
teriak aku hanya datangnya angin,
kenapa harus dunia ini aku sendiri,
mana perginya kawan  mana perginya lawan,
sahutan dibalas gema gempitan,
aduh!! sempit sungguh fikiran minda,
yang patut bersuara dihalang dari berbicara,
kononnya masakan pokok bergoyang jika tiada anginnya,
dimana silapnya demokrasi kita,
ini bukan lagi terpimpin tetapi menyeleweng,
semoga yang kotor dapat dibersihkan,
kesan mutlak dihapuskan dgn air tanah dari bumi sejahtera,
takkan pernah bisa harungi in semua tanpa nista,
yang berlaku berkali jua dibiar sebelah mata,
mata sebelah melihat harta mata sebelah melihat dunia,
Inilah kemelut generasi milenia,
Kemana arah tuju bangsa sejahtera.
Sepi tetap aku sendiri.

Tiada kata secantik bahasa

0 komen telah diberi
Tiada kata secantik bahasa,
Untukku angkat namamu ke syurga,
Tiada kata secantik bahasa,
Untukku menilai dirimu yang berbeza.

Duhai insan jelita,
lupakan sahaja derita,
beralih mengejar cita,
membina istana bahagia.

Tiada kata secantik bahasa,
Untukku panggilmu si jelita,
Tiada kata secantik bahasa,
Untukku bermadah sifatnya.

Andai daku pergi dulu,
tinggallahku dalam kenanganmu,
Hilangkan segala resah dan pilu,
Dalam pelukkan sang perindu.

salam bahagia

0 komen telah diberi
Sampaikan salam buat semua
Salam bahagia salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku senang
Kebahagian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam bahagia kepada kamu
Kerna waktu singkat tanpa jangakaan
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu


Demi sebuah kenyataan
Yang amat membahagiakan
Aku yang tidak percaya
Hanya berserah padaNya


Salam bahagia
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keberkatan
MelaluiNya ku beri keharmonian
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin bersama denganmu
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesudahan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang bahagia