Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

pukul 343

5 komen telah diberi
perginya diri ini menjangkau batasan hati,
selembut sutera hati ini berbelah bagi,
tatkala mendung gemersik guruh bertalu,
ketika itu hati ini bertaut.

Bertaut di panjangan akal terlintas di sanubari,
kelak diri merana kerana hati gurih sepi.
haruskah terus berjalan dlm samar ,
sedang cahaya menunjuk segala.

HAti hitam kuusung merata ,
bukan meminta atau menderita,
cuma ku harap ada yang terpa,
mengaku diri empunya nama.

ketika diri mula rebah tanpa angkara,
diri tidak tenteram  angkara unggas rimba,
muncul diri berlainan paras,rupa dan jantina,
termaktud sejilid kesah pujangga tanpa nama.

melankolik klasik melodi dicipta,
sebaiknya untuk kamu sang hawa,
bolehkah kisah dipanjangkan usia,
hingga lahir zuriat sejahtera.

bukan dipinta hilang itu dalam sepi,
kerana diri ini tidak mahu lagi terus bersaksi,
saksi melihat diri terseksa oleh sendiri,
sendiri berlakon watak hambali.

sedangkan diri ini jahil hakiki,
sedia berubah jgn sekali,
biarlah sama hati ke hati,
ibarat mangga dan kunci.

sekian sahaja coretan kali ini,
kelak kumandang bingitan dari kiri,
memanggil azali dari duniawi,
tanda mati seorang insan yang pertiwi.

Singkat pemikiran Sasterawan

2 komen telah diberi
Keluh dihati melihat situasi demokrasi,
Demokrasi yang didiktatori oleh pemimpin kuku besi,
Suara rakyat dipandang enteng bicaranya pula dibiar basi,
Kemana perginya manifesto yang ikhlas dari hati?

Singkat sungguh pemikiran aku ,
Jawapan itu selalu keluar dari mulut yang dulunya membisu,
Singkat juga jalan kau pilih kerana menuduh aku melulu,
Mungkin singkatan aku itu adalah rumusan bagi diri kau yang bercelaru.

Perjalanan yang singkat ini aku suka,
bukan kerana terpaksa tetapi kerana aku rasa diberkati oleh orang tua,
Aku tidak kesah kerana aku sudah bersedia,
Mengharungi bahtera sebagai nakhoda.

Ilmu didada aku tidaklah penuh seperti disangka,
Sifat dan perangai aku memanglah bukan seperti bakal nakhoda,
Aku sedar itu semua sejak aku tetapkan hati dahulu kala,
Tetapi jauh disudut hati aku tahu kejayaan itu ada jika aku cuba.

Singkatan hanya memudahkan perjalanan,
perjalanan yang berliku tiada sempadan,
Hanya sasterawan menyingkatkan percakapan,
Agar erti itu sampai dalam waktu yang ditetapkan.

Greenwitch cinta

0 komen telah diberi
 Saya bernama Nasir. pertama kali melihat dirinya saya tidak teruja.bukan kerana rupa atau luarannya tidak elok,cukup segalanya tetapi saya tidak teruja.Ada apa dengan dia? sehingga saya boleh teruja? mungkin susah bagi saya untuk terima sesiapa sahaja. saya biarkan perasaan itu lantas melalui melepasinya.bukan main sedap minyak wanginya memang menggoda setiap jejaka.apakan daya, saya tidak teruja
 Saya bernama Hawa.pertama kali melihat dirinya saya tidak hirau akan dirinya. bukan kerana dia tidak menonjol tetapi saya lebih dikelilingi rakan wanita daripadanya.Ada apa dengan jejaka?semuanya sama. hanya memandang rupa.saya biarkan sahaja perasaan itu lantas meneruskan perbualan bersama rakan tercinta.
 Saya bernama Lisa.pertama kali melihatnya saya teruja.bukan kerana rupa atau luarannya, tetapi sifatnya yang sabar menunggu walaupun terpaksa.Ada apa dengan dia? dia baik dari segi zahir dan batinnya.saya biarkan perasaan itu lalu terus memasuki dewan kuliah bersama sama..
 Saya bernama Cinta.duduknya diatas paksi kasih berlandaskan sayang.pertama kali melihat mereka saya ghairah.bukan kerana tergoda tetapi kerana saya bakal wujud antara mereka.Ada apa dengan cinta? dahulu benci kini dipinta. saya tidak biarkan diri ini terus diseksa,akan saya semat diri saya ke dalam hati2 mereka.

sepi aku sendiri

0 komen telah diberi
Kamu yang bernama sepi,
nyah saja kamu dari sini,
malam siang aku suram bersama kamu,
aku ingin bingar seperti diruang tamu,
berlari aku ke hutan tidak ada hasil,
teriak aku hanya datangnya angin,
kenapa harus dunia ini aku sendiri,
mana perginya kawan  mana perginya lawan,
sahutan dibalas gema gempitan,
aduh!! sempit sungguh fikiran minda,
yang patut bersuara dihalang dari berbicara,
kononnya masakan pokok bergoyang jika tiada anginnya,
dimana silapnya demokrasi kita,
ini bukan lagi terpimpin tetapi menyeleweng,
semoga yang kotor dapat dibersihkan,
kesan mutlak dihapuskan dgn air tanah dari bumi sejahtera,
takkan pernah bisa harungi in semua tanpa nista,
yang berlaku berkali jua dibiar sebelah mata,
mata sebelah melihat harta mata sebelah melihat dunia,
Inilah kemelut generasi milenia,
Kemana arah tuju bangsa sejahtera.
Sepi tetap aku sendiri.

Tiada kata secantik bahasa

0 komen telah diberi
Tiada kata secantik bahasa,
Untukku angkat namamu ke syurga,
Tiada kata secantik bahasa,
Untukku menilai dirimu yang berbeza.

Duhai insan jelita,
lupakan sahaja derita,
beralih mengejar cita,
membina istana bahagia.

Tiada kata secantik bahasa,
Untukku panggilmu si jelita,
Tiada kata secantik bahasa,
Untukku bermadah sifatnya.

Andai daku pergi dulu,
tinggallahku dalam kenanganmu,
Hilangkan segala resah dan pilu,
Dalam pelukkan sang perindu.

salam bahagia

0 komen telah diberi
Sampaikan salam buat semua
Salam bahagia salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku senang
Kebahagian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam bahagia kepada kamu
Kerna waktu singkat tanpa jangakaan
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu


Demi sebuah kenyataan
Yang amat membahagiakan
Aku yang tidak percaya
Hanya berserah padaNya


Salam bahagia
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keberkatan
MelaluiNya ku beri keharmonian
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin bersama denganmu
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesudahan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang bahagia

#bersih kah baju anda?

3 komen telah diberi
9 julai ni ade perhimpunan yang akan mengumpulkan rakan2 sanak saudara dari seluruh malaysia bagi menyambut 2 mempelai iaitu kawan aku dari johor..tahniah buat achos n adik demam(panggilan aku kat mazhan time main bola mase darjah 5 sebb die demam time selection..haha)...
9 julai ni jugak aku dengar cerita bakal berlakunya perhimpunan bersih .aku pun tak tau bersih tu ape..tapi yang aku tau bersih tu adalah satu ideologi bg membersihkan sistem pilihanraya di malaysia..bagus ape ideologi ni..tapi kita kena tgk gak cara diorng merealisasikan ideologi ni..kalu menyimpang dari tabii orang kat mesia kita patut hindarkan la..same2 la kita tgk nnti mcm mane n bagaimane...
9 julai bermaksud 8hari lagi dari tarikh aku tulis entry ni..seminggu sehari..orang akan cepat mase berlalu..tpi diorang tk sedar sebenarnyer mase berlalu pada kadar yang tetap..takde cepat takde slow..mungkin betol gak orang cakap pemikiran kita ni mengatasi masa..sebb tu kita tidak sedar masa berlalu sedang kita berfikir..
 dengan bertapakkan pemikiran ini mungkin orang seperti Prof X dapat di realisasikan di dunia nyata.
              harap bulan 9 nnti masa akan berlalu dengan slow..hopefully...

Cerita tentang dia

0 komen telah diberi
Saya bercerita kegembiraan,
Kerana tahu kamu risau pada hadapan,
Tetapi gembira menjadi kegelisahan,
Menyuramkan malam isnin.

Maafkan daku kerana bermain dgan kata,
Bukan maksudku untuk bergurau senda,
Niat dihati ingin berkongsi pendpat dan ideA,
Maafkanku jika kau fahamiku.

Kamu kuat untuk hari esok,
Bertambah kuat jika tidak ada yang sebok,
Gelisah di jiwa hindari segala,
Ku tetap di sini menanti mu akhirnya.

Sekali lagi maafkanlah,
Kerna aku hanya ada kamu,
Risaumu tersemat di sanubariku,
Gembiramu penawan hatiku.




- Posted using BlogPress from my iPhone

kenangan form 3

0 komen telah diberi
teringat aku , lagu ni la peneman aku time form 3 time aku ponteng sekolah agama. lagu ni selalu kuar kat ntv7 kol 10 sampai 1 tgh hari..banyak2 lagu, lagu ni je yang aku ingat..huhu..padahal aku tak minat pun anuar zain..sebb dgr lagu ni la aku excelent time form 3 kot..haha..tah la...ade gak mengingatkan aku dengan kenangan silam..kenangan tak nak ponteng sekolah dulu2..

Amazing thing about to begin

0 komen telah diberi
  bila benda nak jadi ,kita tak tahu pun benda tu akan jadi begitula yang dikatakan `malang tak berbau`,tapi kalu benda baik yang terjadi kita tak tau nak guna peribahasa ape? `tuah ayam nampk dikaki tuah manusia siapa yang tahu`?
  kekadang ni benda berkias ni boleh disalah intepretasikan oleh sesetengah orang, makanya makna yang dituju itu boleh di variasikan sampai jadi kelam kabut perasaan orang yang menerima kenyataan itu.
  cara paling berkesan untuk berkias adalah dgn lagu, sebb dengan melodi yang sesuai pendengr akan lebih tumpukan kesedapan alunan muzik dari lirik yang dinyanyikan.jadi disitu tidak timbul kesalahan dalam menterjemahkan lirik itu.
 tapi zaman sekarang ini banyak lagi medium untuk meluahkan perasaan kita yang terpendam secara kias atau terang. bukan hanya pada nyanyian ataupun lirik tetapi boleh juga pada blog mahupun status di fb atau timeline di twitter..
 zaman sekarang ni juga orang da tak pandang pada keikhlasan pada meng`update` status pada fb atau pun twitter..cuma ade sesetengah bolgger yang masih meneruskan tradisi untuk bersikap jujur dalam penulisan blog diorng . ade sesetengah itu hanya mereka cerita yang sensasi untuk mendapat majoriti dalam jumlah pelayar blog itu. ade juga yang hanya bermain dengan fantasi sendiri kerana realiti dirinya tidak memenuhi fantasi dlm hatinya.
  itu semua tidak penting bagi orang yang tidak mahu menulis sebaliknya die lebih suka membaca,kerana dari pembacaaan yang meluas idea dan pemikiran die menjadi luas dan berkembang. tetapi tidak semestinya yang membaca itu menjadikan die seorang yang open minded, masih ade yang bersikap primitif yang hanya bergantung pada sumber yang baginya mutlak dan tiada kesangsian.sebb itu lah timbul orang berfikiran sempit yang hanay berfikir pada satu aspek sahaja, tidak kira dari aspek keagamaan atau kewangan atau kepolitikan mahupun keberadaban,
 terpulang pada pembaca yang membaca dan penulis yang menulis untuk menilai setiap tindakan yang mereka buat.bukan kita ade hak untuk meniali orang lain tetapi kita berhak menilai diri kita sendiri yangingin menilai diri orang lian.siapa kita nak menilai orang itu baik ke jahat. fikir kan diri sendiri.selami diri sendiri..adaptasi diri sendiri untuk diri sendiri. penghayatan yang mendalam boleh menjurus kita membentuk insan yang cemerlang.
^^sekian terima kasih^^
--peter de van gaun--

Maya menjadi Nyata

0 komen telah diberi
lagu melayu asli moden --> mengingatkan aku pada sesuatu tapi tak pasti ape die..

 

Kenang Dalam Damaian

0 komen telah diberi
jikala hujan gerimis melanda hati seorang insan tiada simpati menghabisi segala melodi sedih haruslah diri tersisir di penjuru lubuk hati mengatasi segala jiwa dan halusinasi agar dunia kembali mengerti makna sebenar sejati dari sisi seorang anak jati.

Long way short destiny

0 komen telah diberi
I cant force u to follow me,
Even deep inside my heart it pain,
U have right to choose ur own destiny,
Even ur destiny isnt path of my life.

Sometime even big thing can be achieve in short time,
Even the starting of the journey is an achievement,
It is not the matter of time,
But it depends on what we believe n sharing.

To be or not to be is ur choice,
Choose wisely even it may take long way,
A little damage wont stop ur journey,
Because it may lead to other big discovery.

Hopefully tomorrow will bright as sun come up,
May the dark yesterday gone in peace,
Between the journey of each other,
You and i find a light to lead our own path.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Diari Nasri : episod 8 No. 11

4 komen telah diberi
 Dah agak lame aku tak update diari aku, maklum la hidup yang penuh dengan suka dan gembira. bersama katy segala jadi lancar. hidup ini ibarat taman yang dipenuhi bunga berwarna warni berserta pelangi yang melingkar melintas taman. kisah aku dan katy dah jadi buah mulut cikgu2 dan budak2 ni kat sekolah. aku tak kesah benda tu semua, tapi katy kesah, die x suka orang selalu pandang die pastu senyum2..macam die wat salah besar je..die takut orang kutuk kitorng blakang.benda ni bertambah katy tak suka bila kitorng kena panggil dengan cikgu maimunah ari tu.die panggil sebb nak kahwin kan kitorng..die cakap `dari dok berkepit je baik cikgu kahwin kan korang berdua ni, wat majlis besar2 kat dewan sekolah, panggil semua satu daerah ni tgk budak kahwin kat sekolah. kamu nak cam tu?`.....cikgu maimunah agak sporting sebenarnyer, die je kot cikgu yang x berape kesah couple2 ni..taoi sebb kitorng ni terlalu tunjuk sgt kot sebb tu die tegur..
 Selepas berbincang dgn katy, aku pun ngalah la,kena slow sikit la time kat sekolah..tapi takpe la, asalkan katy ade bersama dgn aku , aku sentiasa gembira.Dalam kegembiraan aku ni, sedar tak sedar aku sikit lagi nak amek exam PMR. yes aku tau aku baru tingkatan 3, ade orang ckp aku ni kecik lagi.. so what?? aku peduli ape orang cakap ape.. aku leh wat ape aku suka..tapi semua tu ade batasan die. aku dah nak exam tapi time2 cam ni la sebagai senior pada peringkat bawah 15 tahun, semua sukan aku nak jadi wakil. aku memang suka sport.bukan stakat bola sepak,semua jenis bola aku minat. aku berjumpe katy disebbkan bola gak,tapi aku lebih fokus kan kepada bola sepak sebb aku nak sgt menyarung jersi no 11 sekolah. dari form 1 aku da impikan benda tu.aku sebenarnyer tak sangka nak menyarung jersi no 11 ni susah..aku ingt main bola terrer sikit terus leh pilih no..tapi tidak..sebenarnyer aku kena bertarung dgn Rizal, bdak kelas tengah,die ni striker idaman cikgu.lari laju pastu ade stamina. die ni sebenarnyer sprinter rumah merah . pelari pecut sekolah kot. sebb tu laju. tapi die xde skill sgt main bola, tau lari n tendang je..tu je beza die dgn aku..tak tau knape die pun nak sgt no 11 tu..katy pun nak sgt aku pakai no 11 sebb abg die dulu pakai no 11 pastu jadi kapten sekolah plak..so die bangge la..kate2 die pun naikkan lagi semngat aku nak daptkn jersi tu..
 Aku da rancang beberapa strategi nak kalahkan rizal. mula mula aku rancang nak berbaik dgn cikgu zambri, coach yang bawak budak bola bwah 15thn. bnyk gak aku wat baik depan die, tak penah2 aku tolong sapu sampah dalam makmal kemahiran hidup ade sekali tu aku sapu depan cikgu zambri..tak penah2 aku lari keliling padang tok dpt stamina cikgu zambri ade laju je aku lari,paling depan kot time tu.mungkin kat situ ade point aku tok menangi hati cikgu zambri.aku bukan wat baik kat cikgu zambri je, dgn rizal pun aku wat baik.kekadang tu aku blanje die makan beli air tok die..tolong die kalu die nak aku ajar die..ingt leh wat jadi kawan baik.sampai la satu tahap tu aku tnye die `knape ko nak sgt no 11 ah?`..die senyap..pastu die senyum kat aku..
aku mula2 tu terfikir kenape la mamat nii senyum2 kat aku..gay ke ape bajet aku nak ngurat die..pastu tetibe die buka mulut ` ko selalu baik dgn aku, tapi ade satu benda ko tak wat kat aku,` pastu aku jawab ` ape die?`..die senyum lagi..` ko rase kenape aku nak sgt no 11 tu?`..aku jawab` sebb bday ko 11hb kot`..die jawab`salah..sebb ade orang penah cakap aku sesuai pakai no 11 sebb pandai main bola mcm abg die`..aku terdiam..betol ke ape yang aku fikirkan ni..betol ke katy penah cakap cam tu kat die..selama ni katy xpenah cakap aku sesuai ke tak pakai no 11, die just cakap  die suka orang pakai jersey no 11..aku da mula syak something..aku tnye rizal..` katy ke cakap cam tu?`..dgn tenang dan selambe  die cakap` aah,die yang cakap cam tu..setiap kali abis praktis kat kelas die tegur aku die cakap die suka tgk aku main bola..sebb tu tadi aku cakap ko tak penah wat satu je benda tok aku kan, yang ni aku mintak, ko tinggalkan die, die x suka ko senanye, die just anggap ko biase je, dengan aku je die ade perasaan.`...aku terdiam..dlm fikiran aku kembali ingt semula saat2 aku n katy..katy bile dgn aku die biase je..xdela suka sgt..aku je lebih2..tapi setiap kali die balik kelas die happy..nmpk lain la..rizal satu kelas dgn die...mungkin sebb itu..adekah aku selama ni syok sendiri..layanan katy kat aku palsu ke..patutla die tak suka aku ni galak sgt kat sekolah..mungkin sebb kat sekolah die bolh jumpe rizal, sebb rizal dok jauh dari taman die..so kat kawasan taman katy leh jumpe aku..benda ni jadi tnde tnye...aku terus blah dari situ tanpa bg jawapan kat rizal..
aku nak settle kan ari ni..aku melulu terus ke kelas katy..laju...
tetibe tgn aku ditarik..terkaku aku...aku toleh kebelakang tgk rizal memegang tgn aku. ` kalu ko gentle, tak yah bgtau kety pasal benda ni, kita bertarung sape dapat no 11 die yng berhak dapat katy..`bisik rizal pada aku..
aku tidak fikir panjang time tu,aku terus mengiya kan ape yang die nak..padahal aku boleh je tnye katy ape yang berlaku dan ape status aku n katy tapi aku watt tindakan melulu..mungkin sebb aku juga ade perasaaan takut untuk mendengar jawapn katy kerana aku mula ragu dgn perasaan katy..setidak tidaknyer dengan pertarungan ini jika aku menang, rizal tentu tidak mempertikaikan lagi hubungan aku n katy.
mulai esok aku kena berusaha..aku simpan perasaan ingin tahu ni dulu ,aku kena tumpukan pada latihan bola n stamina.. kejohanan minggu depan. ade seminggu aku nak tunjukkan kat cikgu zzambri aku layak dapat no 11.. Rizal!! what out ..No.11 gonna be mine!!!...

Saya adalah Aku

2 komen telah diberi
Kemelut jiwa membaham separuh nyawa,
terkontang kanting mengharap ehsan adiwira,
pahlawan gagah tumbang dek tiupan hawa,
riwayat hikayat cinta sang pujangga .

Menilai peribadi untuk diri sendiri,
bukan bermaksud hukumi jiwa sanubari,
membaiki jalinan rapuh antara diri dan hati,
tidak membebani sedikit jasadmu.

terima kasih tidak dapt diungkap,
minta maaf tidak dapat ditafsir,
hanya ikhlas jadi sandaran,
khilafku untukmu.

sinaran bakal menjelma,
selepas gerhana mansuhkan segala,
bangunmu dari tampuk batu,
permulaan satu hikayat kamu adalah kamu.