Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

Geseran velotika

Senang hidup ini jika tiada siapa peduli,
Bukan semua peduli itu membinasakan jasad dan rohani penghuni dunia ini,
Ada peduli yang katanya merosak lakunya sakiti hati,
Memperonakkan tamadun menjadi tradisi peduli ,
Harus diingat perbuatan kamu dilihat segenap penjuru dan sisi,
Bersembunyi tidak lagi hadir dlm hidup peduli,
Menghembuskan nafas pasti tahu itu tidak atau peduli,
Ke mana mahu lari sedangkan kaki digari dengan cengkaman sakti,
Geseran antara molekul dalam peduli mengcetuskan sengsara dan nikmat itu mati,
Hyperbola tidaklah sekali kerana ianya realiti,
Senangkan hidup bersama peduli adalah jalan mati,
Mengapa diikut kata hati sedangkan yang celik berkata nanti,
Bukannya tidak memberi tetapi biarlah ambil peduli,
Walhal dunia ini semakin sepi,
Manusia masih tidak ambil peduli,
Memburu sang emas menyemai hasad dengki,
Wajarkah kita tidAk ambil peduli?
Yang penting hati kerana ianya tidak mati selagi akal masih mengingati illahi.




- Posted using BlogPress from my iPhone

1 komen telah diberi:

Anonymous said...

wonder...hati ke akal yg ingat ilahi ea?