Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

semakin hari semakin berisi

jari jemari melangkaui batasan normal,
memetik gitar sambil menari dengan irama tradisi,
melankolik bertatah kan puisi dari hati,
menghujung sebuah cerita hikayat sejati.

tidak pernah terlintas hati ini untuk terus berbicara,
walhal dunia kini makin porak peranda,
tetapi terpanggil kerana minda kosong dan hampa,
menjadi pencetus idea bertangga.

haruskan aku terus berlari mencari hakikat yang hakiki,
tidak harus aku menunggu kerana setiap detik adalah isi ,
isi kandungan sebuah cerita cinta kau dan dia serta mereka,
karya teragung dari satu nusantara.

pelik tetapi benar tetapi itulah kebenaran,
orang yang kau sangka kawan sebenarnya lawan,
duri dalam daging yang kian dalam tusukanya,
makin dalam makin busuk terasa hinanya.

bangkit la kawan ku jangan terus diam membisu,
rancakkan irama berserta melodi merdu,
alunan suara haruslah bersatu,
agar berkekalan hubungan kau dan nyawamu.

0 komen telah diberi: