Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

semalam pasti ,esok mungkin.

0 komen telah diberi
Berketar badan menahan panahan dingin malam,
Dibawah payungan kamu aku terus berdiri,
Menghangatkan setiap masa ku bersama mu,
Hampaku disisimu gembiraku dibayangimu.

Berjalan daku dalam linkunganmu,
Tidurku didalam dakapan kamu,
Masih lagi duka ku di setiap lukamu,
Menahan sebak hadirmu dalam hidupku.

Pintas lah daku dalam lumba duniamu,
Agar kamu menjadi ikutan generasiku,
Bimbing daku dalam anganmu,
Kerna kamu masih dibelakang kakiku.

Fikirkan kamu sebelum daku,
Kamu tak kisah kerna kita masih bertemu,
Cuba jika daku hilang dari sisimu,
Kamu masih berdiri atau duduk tersipu malu?

Berfikir kita sahaja hingga lupa masa mencemburui,
Sampai ketua tiada rumusan tiada resolusi,
Kerna kita asyik dengan kita tanpa sebarang ambisi,
Bagaimana hendak membentuk sedunia sedangkan kita masih berputar tanpa paksi.

Lembah hina kian membesar tanpa sempadan,
Batasan yang dibina seperti telur dihujung tanduk lembu kalimantan,
Ketua yang disanjung tersungkur lari mencari belas kasihan,
Akhirnya yang ada terus mati tanpa sebarang pengiraan.