Featured

Penglipur Lara

Mengandungi seribu satu kata yang mengungkap seribu satu cerita di dalam seribu satu suasana yang lahir dari seribu satu jiwa .

Amazing thing about to begin

  bila benda nak jadi ,kita tak tahu pun benda tu akan jadi begitula yang dikatakan `malang tak berbau`,tapi kalu benda baik yang terjadi kita tak tau nak guna peribahasa ape? `tuah ayam nampk dikaki tuah manusia siapa yang tahu`?
  kekadang ni benda berkias ni boleh disalah intepretasikan oleh sesetengah orang, makanya makna yang dituju itu boleh di variasikan sampai jadi kelam kabut perasaan orang yang menerima kenyataan itu.
  cara paling berkesan untuk berkias adalah dgn lagu, sebb dengan melodi yang sesuai pendengr akan lebih tumpukan kesedapan alunan muzik dari lirik yang dinyanyikan.jadi disitu tidak timbul kesalahan dalam menterjemahkan lirik itu.
 tapi zaman sekarang ini banyak lagi medium untuk meluahkan perasaan kita yang terpendam secara kias atau terang. bukan hanya pada nyanyian ataupun lirik tetapi boleh juga pada blog mahupun status di fb atau timeline di twitter..
 zaman sekarang ni juga orang da tak pandang pada keikhlasan pada meng`update` status pada fb atau pun twitter..cuma ade sesetengah bolgger yang masih meneruskan tradisi untuk bersikap jujur dalam penulisan blog diorng . ade sesetengah itu hanya mereka cerita yang sensasi untuk mendapat majoriti dalam jumlah pelayar blog itu. ade juga yang hanya bermain dengan fantasi sendiri kerana realiti dirinya tidak memenuhi fantasi dlm hatinya.
  itu semua tidak penting bagi orang yang tidak mahu menulis sebaliknya die lebih suka membaca,kerana dari pembacaaan yang meluas idea dan pemikiran die menjadi luas dan berkembang. tetapi tidak semestinya yang membaca itu menjadikan die seorang yang open minded, masih ade yang bersikap primitif yang hanya bergantung pada sumber yang baginya mutlak dan tiada kesangsian.sebb itu lah timbul orang berfikiran sempit yang hanay berfikir pada satu aspek sahaja, tidak kira dari aspek keagamaan atau kewangan atau kepolitikan mahupun keberadaban,
 terpulang pada pembaca yang membaca dan penulis yang menulis untuk menilai setiap tindakan yang mereka buat.bukan kita ade hak untuk meniali orang lain tetapi kita berhak menilai diri kita sendiri yangingin menilai diri orang lian.siapa kita nak menilai orang itu baik ke jahat. fikir kan diri sendiri.selami diri sendiri..adaptasi diri sendiri untuk diri sendiri. penghayatan yang mendalam boleh menjurus kita membentuk insan yang cemerlang.
^^sekian terima kasih^^
--peter de van gaun--

0 komen telah diberi: